09 Januari, 2011

3 Ogos 2012 : 15 Ramadhan / Jumaat... Astagfirullah Hal Azim..

1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.
( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: 1. Allah ciptakan Adam a.s. 2. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. 3. Allah mematikan Nabi Adam. 4. Ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 5. Terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
*Sekadar renungan dan perkongsian ilmu.. Kalaupun tidak benar, palsu, tidak sahih, tidak ada konsistesi dalam hal ini, anggaplah sekadar peringatan untuk kita menambah amalan.. Insyallah.. * Kononnya pihak JAKIM menyatakan hadith yang berkenaan adalah hadith palsu... SUMBER : Facebook, Mr.Google, Blogger...

5 comments:

JAIRO berkata...

hadis yang meragukan ada baiknya kita hindarkan.....

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH berkata...

Insya Allah kita akan semak hadis ini, jika ia hadis dhoif, sebaiknya kepada yang belum bersiap, siapkanlah diri untuk mati, jika yang sudah redho dengan kematian, sama 2 kita tambahkan ketaqwaan. Hadis ini bukan suatu hukum, namun jika disandarkan dengan kajian, bukan hadispun boleh dijadikan pedoman contohnya ramalan cuaca, tsunami semua itu boleh digunapakai bagi tujuan persediaan. Namun jika hadis halal dan haram bagi mazhab kita syafie wajar diselidiki.

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH berkata...

Sebagai panduan, walaupun bukan hadis harus dijadikan panduan.

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH berkata...

Sebagai panduan, elok dibuat kajian. Perkara yang tidak berkait dengan hukum, panduan tidak salah.

Tanpa Nama berkata...

hadis2 palsu ni x perlu dipercayai, ia sekadar permainan musuh2 Islam utk menyesatkan akidah umat Islam.. cuma kita harus berwaspada, dgn amal ibadat, sebab tidak berlaku kiamat tidak semestinya tidak akan berlaku bencana pada diri. soal kematian bukan urusan kita yang tentukan, jd bersedialah. Kematian akan sentiasa memburu apabila saatnya tiba..dan Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui..:-) semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah dan dimatikan dalam keadaan penuh keimanan terhadap Allah SWT.