31 Disember, 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Ketua di Malaysian Borneo. Apa rasionalnya?

Petikan Kenyataan Media Presiden PKR. Rujuk {sini} "Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak."

Apa rasionalnya ORANG LUAR mengetuai Sabah dan Sarawak? Di mana keunggulan Dr. Jeffrey Kitingan mahupun Datuk Yong Teck Lee yang sanggup keluar dari BN? Mengapa mesti Datuk Seri Anwar Ibrahim?

"Hanya jauhari mengenal manikam..."

0 comments: